Tip-tip Keselamatan Gas

  • Tingkap haruslah sentiasa dibuka untuk memastikan pengudaraan yang baik semasa memasak.
  • Dapur mesti diletak di tempat yang lebih tinggi daripada silinder gas.
  • Jarak Dapur dan silinder sekurang-kurangnya 1.0 - 1.8 meter.
  • Jangan letakkan periuk atau benda yang panas di atas silinder gas.
  • Jangan simpan silinder gas di udara yang tertutup.
  • Pastikan dapur anda sentiasa dalam keadaan bersih.
  • Apabila anda merasakan bau gas bocor dan dapat nampak serangga merayap pada pengatur gas, ini merupakan kebocoran gas sedang berlaku.
  • Pastikan semua sumber api telah dimatikan dan jangan sentuh sebarang suis elektrik jika ada bau kebocoran gas.
  • Dilarang silinder gas terbaring di lantai.
  • Penukaran Pengatur gas dicadangkan setiap 5 tahun atau lebih awal, penukaran hos keselamatan gas dicadangkan setiap 2 tahun.
  • Gunakan air sabun untuk mengesan kebocoran gas.
  • Pastikan pengatur gas dan hos keselamatan gas dalam keadaan baik sepanjang masa.