Tentang Kami

Membantu Insan Mencapai Impian yang Lebih Baik

Transformasi terhadap budaya syarikat akan memberikan kestabilan, keselamatan, keyakinan dan kecekapan prestasi setiap pekerja kepada rakan perniagaan dan para pelanggan. Kepercayaan budaya syarikat kami dapat diterima oleh semua.

UGS NETWORK SERVICE (M) SDN BHD mula beroperasi pada Jun 2003 di bawah "Akta Syarikat 1965" yang mengutamakan dalam bidang perniagaan jualan langsung domestik dan perkhidmatan di pasaran terutamanya dalam industri gas petroleum cecair (LPG), mereka juga terlibat secara aktif dalam inisiatif kesedaran keselamatan penggunaan gas. Dengan perkembangan masa depan, UGS telah memperkenalkan bidang baru seperti produk penjagaan kesihatan, sistem rawatan air dan produk kecantikan di pasaran Malaysia. Dengan 17 tahun dalam bidang ini, falsafah Syarikat UGS adalah mengutamakan “Kualiti, Keselamatan dan Kebolehpercayaan" supaya dapat mengedarkan alat atur tekanan gas dan hos gas dengan berkualiti tinggi untuk kegunaan kediaman rumah.

Dengan imej syarikat yang baik, kami memperkenalkan barangan berkualiti tinggi supaya matlamat syarikat boleh mementingkan penjualan secara besar-besaran di seluruh Malaysia. Pengalaman dan perkembangan Syarikat UGS telah berjaya membina reputasi positif dan kepercayaan dalam komuniti jualan langsung dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang memuaskan seperti produk penjagaan kesihatan, sistem rawatan air dan produk kecantikan kulit. Syarikat UGS terus mementingkan dalam pertumbuhan dan perkembangan syarikat dengan mengembangkan prospek, penjual langsung dan segmen pasaran yang baru.

Jaminan produk, perkhidmatan dan sokongan teknikal Syarikat UGS adalah memuaskan. Kami menitikberatkan barangan berkualiti tinggi kepada pelanggan mengikut keperluan mereka, pada masa yang sama, kami juga menawarkan harga berpatutan dan perkhidmatan yang diiktiraf oleh pelanggan. Kami ingin membantu rakan perniagaan supaya mereka dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka dengan peluang perniagaan ini. Kejayaan kami tertakluk pada kestabilan perniagaan dalam jangka masa yang panjang melalui bidang jualan langsung.

Pengurusan Kami

Pengurus besar dan pengasas dalam UGS NETWORK SERVICE(M)SDN BHD. Mereka mempunyai pencapaian terbaik dan pengalaman dalam gas petroleum. Dengan pengalaman selama 20 tahun dalam bidang ini, mereka sanggup belajar sambil beroperasi syarikat dengan berjaya dan merancangkan perniagaan dengan strategik. Dengan mempunyai jaringan sistem keselamatan gas yang kukuh di seluruh Malaysia, mereka juga memperkenalkan bidang baru dalam perniagaan ini seperti produk kesihatan, sistem rawatan air dan produk kecantikan.

Encik Alex Tan

Pengurus besar dan pengasas UGS NETWORK SERVICE(M)SDN BHD

Puan Asmahani

Pengurus besar dan pengasas UGS NETWORK SERVICE(M)SDN BHD

Pasukan Kami